Cheese Tiramitsu


Banner





I'm Busy
28 March 2012 | 7:41 pm
Assalamualaikum =')

Lebih seminggu saya mendiamkan diri selepas dapat result. Saya cuba cari kekuatan dan semangat saya semula. dan Alhamdulillah sekarang saya lebih kuat dan boleh menerima segala ketentuan Allah ini. Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Saya redha =')




Saya pasti semua pelajar SPM 2011 sedang sibuk sekarang. sibuk nak apply itu nak apply ini. tambahan pulak kalau pelajar straight A's, saya pasti mereka semua sedang sibuk cari scholarship. saya pulak? saya hanya mampu apply yang biasa-biasa jer. UPU alhamdulillah selesai jugak kemaskini semalam. siap buat shortlist dalam kertas lagi nak pilih course. dan ada jugak saya apply course yang tak layak harharhar. lantak lah saya hanya mencuba walaupun saya tahu kemungkinan besar permohonan saya akan ditolak mentah-mentah kerana tak cukup syarat. dan universiti pilihan saya ialah UiTM, UIAM dan UPSI.

" Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari. Kemudian Dia datangkan guruh dan kilat. Puas kita mencari ke manakah hilangnya matahari. Rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi "

Hopefully Allah will give me ' Pelangi ' one day.  =')

2 Comment


Thanks for reading :)




Older Post | Newer Post