Cheese Tiramitsu


Banner





New shoutbox
12 March 2012 | 2:39 pm

Hai :)

Harini saya tukar shoutbox lagi. nampak sangat takde kerja kan asyik tukar shoutbox jer. sebenarnya saya nak cari shoutbox yang mesra pengunjung dan boleh ikot tema blog. mungkin ramai yang guna cbox tapi saya tak minat sangat guna cbox sebab nampak macam style lama. maaf kepada pengguna cbox. itu sekadar pendapat saya. tapi sekarang ni ramai yang dah pandai buat cbox tu jadi kiut kecik molek hehe. jadi saya nak cari shoutbox yang nampak moden dan kontemporari. kontemporari kejadah apa aku ni? dah macam nak design rumah jer haha. so, akhirnya saya nekad untuk ambil shoutbox busuk. ehh tak, manade busuk. haipp!! memandai jer.



Sebelum guna shoutbox busuk ni saya guna shoutcamp. tapi shoutcamp ni lambat loading sikit. shoutcamp pon best jugak. nampak style dan boleh tukar warna , letak gambar semua. tapi tah kenapa tiba-tiba harini shoutcamp ni tak boleh bukak plak. kalau ada yang nak try boleh la cuba shoutcamp ni. mana la tahu esok lusa mau bukak.

Sebenarnya sebelum ni saya minat nak guna Fibox tapi tak boleh tukar warna la plak. saya ni jenis kalau blog kaler pink shoutbox pon mesti kena warna pink jugak. ada theme gituww hehe. tapi saya pelik jugak bila pergi blog orang lain ada jer pengguna fibox yang boleh tukar warna. apsal saya tak boleh ? hmmm. saya takde ong kot. so, terpaksa la cari shoutbox lain yang boleh tukar warna. tapikan sebenarnya shoutbusuk dengan fibox ni lebih kurang jer. tak caya ce tengok ce tengok.





banding kan fibox ni dengan shoutbox busuk kat atas tadi.
sama kan ? sama kan ?


Haa, jadi kepada pengguna fibox yang tak boleh tukar warna tu boleh la beralih angin ke shoutbox busuk. ehh, agaknya fibox saman saya tak sebab dah tarik pengguna dia ke tempat lain? hehe. tak kisah la apa juga brand dan jenama shoutbox janji ada shoutbox untuk merapatkan jurang silaturrahim antara blogger. janji jangan jadikan shoutbox tempat mengumpat mengata memfitnah sudah la. tak baik Allah marah. ingat tu? K happy blogging!






0 Comment


Thanks for reading :)




Older Post | Newer Post