Cheese Tiramitsu


Banner





Giveaway For Blogger by Borongshawls
15 April 2012 | 12:02 am
Assalamualaikum.


Perempuan dengan fashion memang tidak dapat dipisahkan. Saya perempuan jadi saya tahu la perempuan ni macam mana. Kalau tengah musim shawl semua dok berkejaran cari shawl. Kalau tengah musim bawal semua berlarian cari bawal. Walaupun duit dah takde, nafsu nak bershopping tu tetap ada. Kalau time dah pokai mesti korang dok survey dulu mana ada barang cantik cun melecun pastu bila dah ada duit zapppp!! habis barang tu korang ragut. betul tak?

Huh, amenda yang saya melalut ni. Maaf. Anggap jela perenggan di atas hanya sebagai intro untuk entry kali ni. Orait, bagi kaum perempuan yang masih tercari-cari blogshop yang menjual tudung/pashmina/shawl yang best korang boleh terjah ke Borongshawls. " Ehh, ini untuk orang beli borong jela. Nama pon BORONGshawls. Kami nak beli sehelai dua jer ". Jangan risau kat sini korang boleh beli retail dan borong. Haa, siapa yang baru nak berniaga kecil-kecilan tu boleh la borong di Borongshawls =)

Jom tengok apa yang ada di Borongshawls !


 

Yang ini custom made shawl. Cantik bukan?
Tergoda plak daku melihatnya hukhuk.


 

Shawl chiffon juga ini adalah design mereka sendiri. Kain chiffonnya adalah dari jenis yang berkualiti, tidak mudah tercarik dan tidak terlalu jarang. Dan pastinya juga kain chiffon tidak panas :)



Shawl paisley yang juga custom made by Borongshawls. Kainnya adalah jenis chiffon polyester yang lembut dan tidak mudah rosak atau tertarik.

Nampak tak Borongshawls banyak mengeluarkan produk custom made? Bermakna produk ini hanya terdapat terhad di Borongshawls dan tidak terdapat di blogshop lain. Jadi, kalau anda pakai shawl ini keluar rumah toksah risau la kot2 terjumpa orang lain pakai sama shawl dengan anda. Sebab benda ni bukan senang-senang nak dapat dekat semua kedai atau pasar malam. Hanya di Borongshawls sahaja =)



" Ehh, shawl jer ke yang ada? " Siapa kata ada shawl jer? babab kangg.
Meh sini kepada peminat tudung ekspress seperti tudung syria,
anda boleh dapat tudung ini dengan corak yang sangat comels uolls.


 

Nahhh! Presenting uolls tudung bawal corak. I tahu sekarang ni demam tudung bawal kan, ni yang saja tunjuk ni hikhik. Siapa yang dah pening lalat cari blogshop yang jual bawal corak ni, apa kata try singgah Borongshawls. Pastinya banyak lagi corak menarik menanti anda semua.


 

Mari mari mari bawal 3 tone pon ada. Yang ni pon hot stuff sekarang ni. Siapa yang tak suka tudung bawal sebab susah dibentuk, anda boleh campak dalam lombong perasaan menyampah tu sebab material bawal ni jenis mudah dibentuk. Bukan macam tudung bawal dulu yang jenis lembik tu. Kalau dalam almari anda ada  bawal satu tone jer apa kata try bawal 3 tone ni. Warna dia cantik tau. Kalau berkenan boleh la jenguk Borongshawls :)


 

Yeahh. New items in Borongshawls. Siapa peminat tegar corak polkadot, sila lah grab cepat-cepat ye. Ada banyak lagi warna lain :)

Yang di atas ni ada serba sedikit review produk yang terdapat di Borongshawls. Ada banyak lagi koleksi lain di sini dengan pelbagai jenis material yang boleh anda pilih suka mengikut keselesaan anda. Selain itu, design tudung pon ada macam-macam jenis yang cantik dan menawan hati. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh la ke

atau


Rajin-rajin lah follow blog borongshawls dan like facebook borongshawls untuk mengetahui update item terkini mereka. Boleh ajak kawan, kakak, adik, mak, makcik, sepupu, jiran sebelah rumah shopping di Borongshawls. Jangan nak pentingkan diri sangat nak cantik sorang-sorang dengan koleksi borongshawls ni sampai orang sekeliling kau pergi shopping kompleks pakai kain batik pon kau tak hirau. Bab berfesyen kita kena prihatin sikit dengan mengajak orang lain untuk turut mencantikkan diri. Baru lah sama-sama jadi meletopss kan? Okay, saya dah mula merepek balik. Akhir kata, selamat mencantikkan diri dengan koleksi Borongshawls uolls !! 










0 Comment


Thanks for reading :)




Older Post | Newer Post