Cheese Tiramitsu


Banner





Teringin nak ber-business
9 April 2012 | 2:31 am
Assalamualaikum =')




Jam rumah saya cepat sepuluh 10 minit maka ia menunjukkan pukul 2 pagi sekarang. Alhamdulillah, mungkin rezeki saya malam tadi. dekat facebook saya dapat mesej dari MS Zayyad. diorang kata saya peng'like' bertuah Fanpage MS Zayyad dan akan dapat hadiah misteri. seriously, unexpected. mula-mula baca memang terkejut sebab ingat tipu ke apa ni? haha. saya pon memang tak tahu menahu ada event peng'like' bertuah ke apa ke. alhamdulillah rezeki kan hehe. pastu bukak blog, dekat shoutbox Mr Purple bagitau saya menang contest plak. Ya Allah, ini pon kejutan jugak. Alhamdulilah rezeki saya ada jugak akhirnya. sebenarnya beberapa hari lepas saya dah give up nak join contest atau giveaway. mana taknya, bila umum takde nama bila umum takde nama. sedih tau T_T. yang umum tu pemenang tu semua pakai random.org. sejak dulu lagi saya join giveaway guna random.org memang takkan naik nombor saya. hurmmm agaknya saya takde jodoh dengan random.org kot sobsob *takmoo kawan random.org*

Next, nak tahu tak dalam minggu ni dah 5 kali saya order tudung online dan semuanyaa SOLD !! bukan sekali bukan dua kali tapi lima kali ! huh, rasa give up dah -___-




So, inilah tudung yang saya cari di merata blogshop dan semuanya dah habis. saya geram okay. saya geram! puas tahu saya google sana sini, masuk blogshop sana sini nak cari kaler tudung yang sejibik macam ni. saya ni cerewet sikit, kalau dah berkenan warna ni saya nak warna sebijik macam ni jugak. warna seakan-akan pon takmoo. lagipon cantik kan combination warna dia purple pink. ohh I likee this colour combination!! barang siapa terjumpa warna tudung bawal yang sejibik macam ni cepat bagitau saya sebelum stock habis!! harga untuk tudung ni paling mahal saya jumpa RM23 dan paling murah RM13. tengok beza harga RM10!! sebab tu kita sebagai pembeli perlu bijak dan survey blogshop lain dulu sebelum beli. RM10 tu boleh beli lagi satu tudung tahu? marilah kita jadi pembeli yang bijak. *angkat ibu jari kenyit mata*

Kadang-kadang kan saya rasa nak bukak blogshop sendiri. wah wah kemain besar lagi angan-angan ku ingin menceburi bidang perniagaan. sebab tengok orang berniaga online macam best jer. teringin jugak jawab pertanyaan pelanggan, layan kerenah pelanggan, packing barang, pergi pejabat pos poskan barang pastu dapat duit hikhik. sememangnya teringin sangat nak rasa pengalaman macam tu. tapi nak berniaga of course kena ada modal. permasalahnannya di sini saya ni hanyalah seorang penganggur lepasan SPM yang tidak bekerja dan tidak mempunyai sebarang income dalam poket. jadi gimana mahu berniaga gitu dong? tangguhkan jela hasrat ku itu wuwu~

K lah goodnite. malam dah tua dah ni hehe. Assalamualaikum =')







2 Comment


Thanks for reading :)




Older Post | Newer Post